salam

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers
CINTA






Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul, supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang
betul , kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian
dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup ,yang lain akan terbuka,tapi
lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbual bersama tanpa berkata apa-apa pun, dan berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan benar juga bahawa kita tidak tahu apa
yang kita rindukan sehinggalah ia datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda , bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai anda kembali. Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan,
Nantikan saja ia untuk mekar di dalam hati mereka, tetapi sekiranya tidak,
pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam
untuk menyukai seseorang, tetapi ia mengambil masa setahun atau sepanjang
hidup untuk melupakan seseorang .
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
dikejar kemewahan kerana ianya akan susut,. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hati yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan anda menarik,
percubaan yang cukup untuk memastikan anda adalah insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang, jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
menyakitkan orang lain juga.



ALLAH GAVE YOU TWO LEGS TO WALK, TWO HANDS TO HOLD, TWO EARS TO HEAR, TWO
EYES TO SEE. BUT WHY ALLAH GIVES YOU ONLY ONE HEART? BECAUSE ALLAH GAVE
THE OTHER ONE TO SOMEONE FOR YOU TO FIND

No comments: